Skip to main content

eBook Analisa Harga Barang Malaysia Julai 2012

Tahukah anda bahawa KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) ada mengeluarkan laporan analisa semasa harga barangan utama di Malaysia pada setiap bulan. Laporan ini bertujuan memaklumkan perbandingan harga runcit 200 jenis barang keperluan pengguna yang mengalami kenaikan dan penurunan bagi minggu kelima bulan Jun 2012 (26 Jun 2012 hingga 02 Julai 2012) berbanding minggu keempat bulan Jun 2012 (19 Jun 2012 hingga 25 Jun 2012 di seluruh negeri di Malaysia.

Perkara utama yang hendak dimaklumkan:

Sepanjang minggu kelima bulan Jun 2012 sebanyak 37 barangan mengalami kenaikan harga melebihi 10% dan 41 barangan mengalami penurunan harga melebihi 10%. Daripada 37 barangan yang mengalami kenaikan, 29 barangan terdiri daripada kategori barangan basah,6 kategori barangan kering, 1 barangan berbungkus, tin, botol, pek dan 1 barangan makanan dan barangan bayi. Manakala 41 barangan yang mengalami penurunan terdiri daripada 30 barangan basah, 6 barangan kering, 3 barangan berbungkus, tin, botol, pek dan 2 barangan makanan dan barangan bayi. (Jadual A)

Kenaikan harga barangan yang melebihi 3 buah negeri adalah bagi kategori barang basah iaitu ikan tenggiri papan dan cili merah minyak. Bagi kategori barangan kering pula, bawang putih import mengalami kenaikan di 4 buah negeri. Manakala penurunan harga barang yang melebihi 3 buah negeri adalah dari kategori barangan basah iaitu buah lai kuning,buah jambu batu tanpa biji dan sayur kailan. Tiada penurunan harga yang melebihi 3 negeri bagi kategori barangan kering, dan barangan berbungkus, tin, botol, pek. Bagi item lain-lain, hanya 1 atau 2 buah negeri sahaja yang
mengalami kenaikan harga.

Kenaikan harga bagi kategori barangan basah iaitu ikan tenggiri papan dan cili merah minyak adalah disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu dan faktor permintaan daripada pengguna yang tinggi. Selain itu, tahan kesegaran dan kekurangan bekalan juga turut menyumbang kepada kenaikan. Harga bawang putih import masih lagi tinggi pada minggu ini. Peningkatan ini ketara apabila sepanjang minggu ini kenaikan harga bawang putih meningkatkan kepada 4 buah negeri berbanding melibatkan 2 buah negeri pada minggu lepas. Ini menunjukkan keadaan cuaca di China yang masih tidak menentu dan belum pulih sepenuhnya telah menyebabkan harga barang tersebut masih tidak kembali ke paras yang normal. Manakala penurunan harga bagi buah lai kuning dan buah jambu batu tanpa biji adalah disebabkan oleh promosi yang dijalankan di pasaraya. Ini menyebabkan harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding minggu sebelumnya. Bagi kailan pula, penurunan harga berlaku disebabkan oleh faktor kesegaran sayur tersebut, dan juga promosi yang diadakan oleh kebanyakan premis menyumbang kepada penurunan harga.

Baca lebih lanjut di sini (PDF,  703KB)

Comments

  1. Ingin mencari Agen Situs Betting Online Terbaik dan Terpercaya?
    Sudah tidak perlu Anda ragukan lagi, Segera bergabung bersama S128Cash Situs Betting Online Terbaik dan Terpercaya !!
    Hanya dengan minimal Rp 25.000,- Anda sudah bisa bermain semua permainan yang tersedia, seperti :
    - Sportsbook
    - Live Casino
    - Sabung Ayam Online
    - IDN Poker
    - Slot Games Online
    - Tembak Ikan Online
    - Klik4D

    Segera daftarkan diri Anda bersama kami, raih kemenangan Anda dan dapatkan PROMO BONUS menarik kami, yaitu :
    - BONUS NEW MEMBER 10%
    - BONUS DEPOSIT SETIAP HARI 5%
    - BONUS CASHBACK 10%
    - BONUS FREEBET 200rB
    - BONUS 7x KEMENANGAN BERUNTUN !!

    Untuk informasi lebih lanjut, bisa hubungi kami melalui :
    - Livechat : Live Chat Judi Online
    - WhatsApp : 081910053031

    Link Alternatif :
    - http://www.s128cash.biz

    Judi Bola

    Menang Judi Bola Ratusan Juta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi eBook Motivasi Diri Percuma 2011

Berikut merupakan koleksi eBook terbaik motivasi diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup yang boleh dibaca secara percuma di Internet (dalam bahasa melayu): 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan (PDF, saiz: 984KB) Personal Motivasi   (PDF, saiz: 1.5MB) Motivasi Diri Bagi Meraih Prestasi (PDF, saiz: 142KB) Ujian Motivasi Kerjaya Hidup (PDF, saiz: 162KB) Motivasi Islam - Ayat Inspirasi (PDF, saiz: 338KB) Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal (PDF, saiz: 402KB) 10 Petua Membina Sikap Positif   (PDF, saiz: 109KB) 63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah (PDF, saiz: 154KB) Semoga berjaya dalam kehidupan anda!

Koleksi eBook Menjahit Percuma 2011

Bagi surirumah yang ingin berjimat atau mahu mempelajari ilmu menjahit, disertakan kompilasi terbaik eBook pelbagai teknik jahitan berbahasa melayu yang boleh dibaca secara percuma daripada Internet: Nota Jahitan Asas (PDF, saiz: 52KB) Cara Menjahit Tudung (PDF, saiz: 555KB)  Panduan Menjahit Baju Kurung   (PDF, saiz: 412KB) Panduan Menjahit Baju Melayu Cekak Musang (PDF, saiz: 2.94MB) Panduan Menjahit Langsir  (PDF, saiz: 324KB) Cara Menjahit Langsir Berlipat V (PDF, saiz: 451KB)  Menjahit Langsir Ilham Nisha (PDF, saiz: 825KB)  Panduan Menjahit Gaun Kanak-Kanak   (PDF, saiz: 555KB) Cara Menjahit Baju Dress Anak (PDF, saiz: 765KB)  Menjahit Sarung Kotak Tisu (PDF, saiz: 1.37MB) Selamat mencuba.