Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

eBook Analisa Harga Barang Malaysia Julai 2012

Tahukah anda bahawa KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) ada mengeluarkan laporan analisa semasa harga barangan utama di Malaysia pada setiap bulan. Laporan ini bertujuan memaklumkan perbandingan harga runcit 200 jenis barang keperluan pengguna yang mengalami kenaikan dan penurunan bagi minggu kelima bulan Jun 2012 (26 Jun 2012 hingga 02 Julai 2012) berbanding minggu keempat bulan Jun 2012 (19 Jun 2012 hingga 25 Jun 2012 di seluruh negeri di Malaysia. Perkara utama yang hendak dimaklumkan: Sepanjang minggu kelima bulan Jun 2012 sebanyak 37 barangan mengalami kenaikan harga melebihi 10% dan 41 barangan mengalami penurunan harga melebihi 10%. Daripada 37 barangan yang mengalami kenaikan, 29 barangan terdiri daripada kategori barangan basah,6 kategori barangan kering, 1 barangan berbungkus, tin, botol, pek dan 1 barangan makanan dan barangan bayi. Manakala 41 barangan yang mengalami penurunan terdiri daripada 30 barangan basah, 6 barangan kering, 3