Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Panduan Menulis eBook Percuma 2011

Anda ada sesuatu pengalaman atau kepakaran yang ingin dikongsi bersama pembaca? Belajar cara menulis eBook secara mudah menggunakan perisian MS Word untuk menukarkan penulisan anda kepada jualan yang menguntungkan. Baca panduan secara percuma di sini ( PDF , 732KB). Nota: ketahui 10 cara mudah untuk mengarang eBook dalam tulisan saya sebelum ini.

Koleksi eBook Panduan Membeli Rumah Percuma 2011

Kata orang Rumahku adalah Syurgaku, jadi membeli rumah yang ideal mestilah dilaksanakan dengan betul agar tidak menyesal di kemudian hari. Bagi pasangan atau bujang yang ingin membeli rumah buat kali pertama, bacalah eBook percuma berikut sebagai panduan bijak bagaimana membeli rumah baru/terpakai di Malaysia: Panduan kepada Pembeli Rumah - KPKT (PDF, 82KB) Panduan Pembiayaan Perumahan Islam - BNM (PDF, 563KB) Panduan Pinjaman Perumahan - BNM (PDF, 635KB) 10 Kesilapan Membeli Hartanah Lelong (PDF, 40KB) Indeks Harga Rumah Malaysia 2011 - JPPH (PDF, 1.63MB)

eBook Resepi Kek Keju/Cheese Cake Percuma 2011

Masih dalam suasana mood berhari raya? Nak cuba resepi baru untuk hidangan sampingan rumah terbuka, boleh pelajari secara percuma daripada eBook resepi kek keju berikut: 1. Kek Keju Coklat Baldu 2. Kek Keju Biskut dan Krim 3. Kek Keju Dingin Berkrim 4. Kek Keju Raspberi Coklat 5. Kek Keju Cip Coklat Supreme 6. Kek Keju Cappucino 7. Kek Keju Meringue Coklat Pudina 8. Kek Keju Ceri 9. Kek Keju Penyu Coklat 10.Kek Keju Coklat Oren Supreme 11.Kek Keju Meringue Koko Kacang 12.Kek Keju Trifle Idaman 13.Kek Keju Coklat 14.Kek Keju Pisang Berkrim 15.Kek Keju Unggul Dapatkan di sini Resepi Kek Keju (PDF, 310KB).

Koleksi eBook Anak Pintar/Bijak/Cerdas/Pandai 2011

Semua ibu bapa ingin agar anak mereka menjadi pintar dalam pelajaran sekaligus berjaya dalam hidup apabila mereka besar kelak. Malah mempunyai anak yang bijak juga merupakan satu pelaburan yang menguntungkan bagi ibu bapa kerana dapat menjimatkan kos pendidikan anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi IPTA/luar negara kerana kerajaan menyediakan biasiswa penuh bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Baru-baru ini skim pinjaman PTPTN juga membolehkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik boleh menukarkan skim pinjaman mereka kepada skim biasiswa. Persoalannya, bagaimana ingin mendidik anak agar pandai sejak dari kecil? Baca eBook melayu percuma berikut untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana membesarkan anak yang cemerlang dalam hidup! Definisi Anak Pintar Cerdas (PDF, 1.03MB) Panduan Ibu Bapa Mengendalikan Anak Pintar/Cerdas (PDF, 261KB) Petua Mendidik Anak Dr Fadzilah Kamsah (PDF, 9.17MB)  30 Langkah Mendidik Anak Agar Mengamalkan Ajaran Islam (PDF, 450KB) 15 K