Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

eBook La Tahzan - Jangan Bersedih

Buku yang terlaris di Timur Tengah karangan Dr. Aidh al-Qarni ini menunjukkan kepada kita bagaimana meniti jalan kehidupan dan membangun kehidupan yang bahagia dengan berpedoman pada satu kata: La Tahzan , iaitu "jangan bersedih". Dengan kata kunci ini kita akan dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat. Kita tidak akan pernah dirisaukan oleh masa lalu yang telah lewat dan tidak pula dicemaskan oleh masa depan yang akan datang. Kita akan menjadi manusia masa kini yang bekerja pada hari ini dengan mencurahkan segenap kekuatan dan pikiran yang ada dengan keyakinan bahwa hasil akhirnya kita serahkan kepada Allah. Dunia ini akan menjadi sangat indah jika kita menikmatinya dengan senyuman, bukan dengan muram durja serta kesedihan yang berlarutan. Dapatkan secara percuma di sini: La Tahzan (PDF, 1.04MB)

eBook Tips Mewarnai Rumah Anda 2011

Anda rasa suasana rumah anda tidak bermaya? Mood anda juga tidak berapa baik kebelakangan ini? Dapatkan tips untuk mengubah suasana ruang rumah anda dengan membaca panduan percuma berikut: 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah Anda   (PDF, 611KB) Juga boleh dapatkan idea inspirasi untuk mewarnai rumah anda (versi 2010/2011) dengan melihat pelbagai corak warna daripada link Dulux Colour berikut: Colour Inspirations 2011 (PDF, 4.25MB)

eBook Tips Temuduga Kerajaan 2011

Anda berminat untuk bekerja dengan kerajaan? Statistik terbaru (2011) menunjukkan untuk satu kekosongan jawatan perkhidmtan awam menghendaki anda perlu bersaing dengan 200-500 pesaing lain. Maka bagaimana untuk menjadikan diri anda yang terpilih daripada persaingan ramai tersebut? Jadi baca eBook percuma berikut untuk mengetahui tips asas bagi menghadiri temuduga di sektor awam terutamanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ( PDF , 242 KB)

Koleksi eBook Motivasi Diri Percuma 2011

Berikut merupakan koleksi eBook terbaik motivasi diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup yang boleh dibaca secara percuma di Internet (dalam bahasa melayu): 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan (PDF, saiz: 984KB) Personal Motivasi   (PDF, saiz: 1.5MB) Motivasi Diri Bagi Meraih Prestasi (PDF, saiz: 142KB) Ujian Motivasi Kerjaya Hidup (PDF, saiz: 162KB) Motivasi Islam - Ayat Inspirasi (PDF, saiz: 338KB) Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal (PDF, saiz: 402KB) 10 Petua Membina Sikap Positif   (PDF, saiz: 109KB) 63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah (PDF, saiz: 154KB) Semoga berjaya dalam kehidupan anda!

eBook Teknik Membaca Cepat (Speed Reading) Percuma

Anda dibebani dengan terlalu banyak maklumat? Jangan risau, eBook percuma (dalam bahasa melayu) ini akan membantu anda menjadi pelajar yang mampu membaca lebih cepat, lebih cerdas, sekaligus memiliki tingkat pemahaman yang lebih tinggi jika dipelajari dan dipraktikkan dengan baik. Baca secara percuma di sini ( PDF , 4.82MB)

eBook Rawatan Gangguan Makhluk Halus/Jin/Iblis

Makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Baca penerangan lebih lanjut mengenai makhluk halus menurut Al-Quran dan Hadis di laman web Darussyifa' . (PDF) Manakala, tanda-tanda diganggu makhluk halus boleh dibaca di laman web Darussalam . Jika anda mengalami tanda-tanda gangguan makhluk halus tersebut, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. Bacaan eBook di bawah adalah baik dijadikan amalan dalam kehidupan harian bagi mereka yang mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat atau sihir serta memagar diri kita. Dapatkan eBook ayat-ayat r

Koleksi eBook Pengaturcaraan (Programming) Komputer Percuma

Berikut adalah koleksi eBook pengaturcaraan komputer (programming) berbahasa melayu yang boleh anda pelajari secara percuma daripada Internet: Pengaturcaraan PHP   (PDF, 818KB) Pengaturcaraan ASP (PDF, 273KB) Asas Pengaturcaraan C (PDF, 102KB) Asas Pengaturcaraan C++ (PDF, 45KB) Asas Pengaturcaraan Visual Basic (PDF, 54KB) Asas JAVA - Mastering (PDF, 3.69MB) Asas Java Script (PDF, 2.25MB) Asas Macromedia Authorware (PDF, 267KB) Asas Macromedia Dreamweaver MX (PDF, 1.13MB) Asas Animasi Flash - Swish 2.0 (PDF, 484KB)  Selamat belajar ilmu perisian komputer terbaru.

eBook Panduan Menjimatkan Tenaga Eletrik di Rumah

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar. Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda. Baca lebih lanjut di sini ( PDF , 2.4MB)

eBook Panduan Perisian OpenOffice

Kebanyakan pengguna komputer lebih biasa menggunakan perisian MS Office manakala fungsi yang serupa pada perisian OpenOffice.org terletak ditempat yang berbeza (contohnya fungsi page orientation). eBook berbahasa melayu ini dapat membantu pengguna membiasakan diri menggunakan perisian OpenOffice (versi 2.4) bagi menggalakkan penggunaan perisian terbuka (open source) di Malaysia. Baca secara percuma di sini ( PDF , 2.26MB)

eBook 20 Langkah Menangani Stress

Stress dalam bahasa mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu. Ebook ini diterbitkan untuk memberi sedikit panduan untuk mereka yang sering mengalami stress, terutama mereka yang menghadapi tekanan kerja. Ingin mengurangkan stress, baca secara percuma di sini. ( PDF , 150KB)

Koleksi eBook Menjahit Percuma 2011

Bagi surirumah yang ingin berjimat atau mahu mempelajari ilmu menjahit, disertakan kompilasi terbaik eBook pelbagai teknik jahitan berbahasa melayu yang boleh dibaca secara percuma daripada Internet: Nota Jahitan Asas (PDF, saiz: 52KB) Cara Menjahit Tudung (PDF, saiz: 555KB)  Panduan Menjahit Baju Kurung   (PDF, saiz: 412KB) Panduan Menjahit Baju Melayu Cekak Musang (PDF, saiz: 2.94MB) Panduan Menjahit Langsir  (PDF, saiz: 324KB) Cara Menjahit Langsir Berlipat V (PDF, saiz: 451KB)  Menjahit Langsir Ilham Nisha (PDF, saiz: 825KB)  Panduan Menjahit Gaun Kanak-Kanak   (PDF, saiz: 555KB) Cara Menjahit Baju Dress Anak (PDF, saiz: 765KB)  Menjahit Sarung Kotak Tisu (PDF, saiz: 1.37MB) Selamat mencuba.

Koleksi eBook Masakan dan Resepi Percuma 2011

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai resepi dan masakan melayu yang boleh dibaca secara percuma daripada Internet (eBook) khusus untuk anda semua: Himpunan Resepi Aneka Roti (PDF, 256KB)  Resepi Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran (PDF, 11.82MB) 20 Resepi Aneka Gulai (PDF, 1.84MB)  Resepi Pelbagai Masakan - Ayam, Ikan, Daging dsbnya (PDF, 910KB) Rahsia 10 Resepi Masakan Daging (PDF, 257KB) Rahsia 11 Resepi Biskut (PDF, 371KB) Resepi Ayam Penyek/Penyet (PDF, 71KB)  60 Resipi untuk Bayi, Kanak-Kanak dan Prasekolah - Pakar Pemakanan (PDF, 10.7MB) Resepi Masakan Laut/Seafood (PDF, 183KB) Resepi Masakan Barat - Hidangan Pengiring (PDF, 1.36MB) Selamat mencuba dan menjamu selera.

eBook Bahagiakah RumahTangga Anda

eBook percuma (200 muka) ini menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga. Ianya memberi penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi kefahaman tentang falsafah dan tujuan rumahtangga. Memahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Bacanya lebih lanjut di sini ( PDF , 1.67MB)

eBook Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal

Hidup kita hanya untuk mencari kebahagian. Manusia telah di lahirkan dengan perasaan untuk mencari kebahagian. Bagi manusia yang lemah, kebahagian hanya boleh di capai dengan menggunakan wang. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak salah untuk mencari kekayaan jika kita percaya kekayaan mampu mengubah hidup kita selain bantuan penuh dan kebenaran dari Yang Maha Esa. Dalam ebook ini, anda akan di dedahkan dengan prinsip jutawan yang sangat hebat. Anda tidak akan gagal jika anda mengamalnya. Motivasi dan semangat adalah saling berhubungan. Semangat yang hebat datang dari satu motivasi yang kuat. Motivasi yang kuat datang dari prinsip yang kukuh. Beginilah fungsi ebook ini. Segala prinsip yang di perlukan oleh anda untuk membina motivasi yang kuat dan seterusnya membakar semangat membara anda akan di huraikan dalam ebook ini. Baca lebih lanjut secara percuma di sini ( PDF , 402KB)