Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Awan eBook Terlaris Di Dunia Bulan Oktober 2011

Berikut adalah visual dalam bentuk awan perkataan (word cloud) yang memaparkan kata kunci perkataan eBook terlaris di dunia bagi bulan Oktober 2011. Sumber: http://www.ebooks.com/

eBook Merancang Perkahwinan 2011

Ingin berkahwin ala selebriti dengan hanya menggunakan bajet sebanyak RM25,000? Baca ebook preview berikut daripada pakar perkahwinan Malaysia yang mendedahkan rahsia sulit perancangan perbelanjaan perkahwinan ... eBook Merancang Perkahwinan (PDF, 107KB)

eBook Resepi Masakan Kampung Percuma 2011

Anda mahu cuba masakan kampung, dapatkan secara percuma eBook resepi masakan kampung asli yang mengandungi resepi-resepi seperti berikut: 1. Kerabu Ikan Panggang 2. Kerabu Jantung Pisang 3. Kerabu Mangga 4. Kerabu Rampai 5. Kueteau Daging 6. Laksa Penang 7. Mi Bandung 8. Mi Rebus Sg. Dua 9. Sambal Belacan Cili Padi eBook Masakan Kampung (PDF, 1.1MB)

eBook Tips Pakai Tudung Percuma 2011

Pemakaian tudung tidak membataskan seseorang itu untuk kelihatan anggun dan menarik. Bermacam-macam boleh dilakukan dari aspek pemilihan fabrik, warna tudung, saiz kain, teknik penggayaan dan lainnya. Dengan sedikit kreativiti, penampilan anda boleh kelihatan lebih elegan dengan hanya mengubah cara pemakaian tudung anda. Baca eBook percuma 45 muka berikut bagi mendapatkan tips mudah memilih tudung yang boleh anda ikuti supaya nampak lebih bergaya dan terkini. Tips Tudung Anggun dan Menarik (PDF, 1.5MB)

Panduan Menulis eBook Percuma 2011

Anda ada sesuatu pengalaman atau kepakaran yang ingin dikongsi bersama pembaca? Belajar cara menulis eBook secara mudah menggunakan perisian MS Word untuk menukarkan penulisan anda kepada jualan yang menguntungkan. Baca panduan secara percuma di sini ( PDF , 732KB). Nota: ketahui 10 cara mudah untuk mengarang eBook dalam tulisan saya sebelum ini.

Koleksi eBook Panduan Membeli Rumah Percuma 2011

Kata orang Rumahku adalah Syurgaku, jadi membeli rumah yang ideal mestilah dilaksanakan dengan betul agar tidak menyesal di kemudian hari. Bagi pasangan atau bujang yang ingin membeli rumah buat kali pertama, bacalah eBook percuma berikut sebagai panduan bijak bagaimana membeli rumah baru/terpakai di Malaysia: Panduan kepada Pembeli Rumah - KPKT (PDF, 82KB) Panduan Pembiayaan Perumahan Islam - BNM (PDF, 563KB) Panduan Pinjaman Perumahan - BNM (PDF, 635KB) 10 Kesilapan Membeli Hartanah Lelong (PDF, 40KB) Indeks Harga Rumah Malaysia 2011 - JPPH (PDF, 1.63MB)

eBook Resepi Kek Keju/Cheese Cake Percuma 2011

Masih dalam suasana mood berhari raya? Nak cuba resepi baru untuk hidangan sampingan rumah terbuka, boleh pelajari secara percuma daripada eBook resepi kek keju berikut: 1. Kek Keju Coklat Baldu 2. Kek Keju Biskut dan Krim 3. Kek Keju Dingin Berkrim 4. Kek Keju Raspberi Coklat 5. Kek Keju Cip Coklat Supreme 6. Kek Keju Cappucino 7. Kek Keju Meringue Coklat Pudina 8. Kek Keju Ceri 9. Kek Keju Penyu Coklat 10.Kek Keju Coklat Oren Supreme 11.Kek Keju Meringue Koko Kacang 12.Kek Keju Trifle Idaman 13.Kek Keju Coklat 14.Kek Keju Pisang Berkrim 15.Kek Keju Unggul Dapatkan di sini Resepi Kek Keju (PDF, 310KB).

Koleksi eBook Anak Pintar/Bijak/Cerdas/Pandai 2011

Semua ibu bapa ingin agar anak mereka menjadi pintar dalam pelajaran sekaligus berjaya dalam hidup apabila mereka besar kelak. Malah mempunyai anak yang bijak juga merupakan satu pelaburan yang menguntungkan bagi ibu bapa kerana dapat menjimatkan kos pendidikan anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi IPTA/luar negara kerana kerajaan menyediakan biasiswa penuh bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Baru-baru ini skim pinjaman PTPTN juga membolehkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik boleh menukarkan skim pinjaman mereka kepada skim biasiswa. Persoalannya, bagaimana ingin mendidik anak agar pandai sejak dari kecil? Baca eBook melayu percuma berikut untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana membesarkan anak yang cemerlang dalam hidup! Definisi Anak Pintar Cerdas (PDF, 1.03MB) Panduan Ibu Bapa Mengendalikan Anak Pintar/Cerdas (PDF, 261KB) Petua Mendidik Anak Dr Fadzilah Kamsah (PDF, 9.17MB)  30 Langkah Mendidik Anak Agar Mengamalkan Ajaran Islam (PDF, 450KB) 15 K

eBook La Tahzan - Jangan Bersedih

Buku yang terlaris di Timur Tengah karangan Dr. Aidh al-Qarni ini menunjukkan kepada kita bagaimana meniti jalan kehidupan dan membangun kehidupan yang bahagia dengan berpedoman pada satu kata: La Tahzan , iaitu "jangan bersedih". Dengan kata kunci ini kita akan dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat. Kita tidak akan pernah dirisaukan oleh masa lalu yang telah lewat dan tidak pula dicemaskan oleh masa depan yang akan datang. Kita akan menjadi manusia masa kini yang bekerja pada hari ini dengan mencurahkan segenap kekuatan dan pikiran yang ada dengan keyakinan bahwa hasil akhirnya kita serahkan kepada Allah. Dunia ini akan menjadi sangat indah jika kita menikmatinya dengan senyuman, bukan dengan muram durja serta kesedihan yang berlarutan. Dapatkan secara percuma di sini: La Tahzan (PDF, 1.04MB)

eBook Tips Mewarnai Rumah Anda 2011

Anda rasa suasana rumah anda tidak bermaya? Mood anda juga tidak berapa baik kebelakangan ini? Dapatkan tips untuk mengubah suasana ruang rumah anda dengan membaca panduan percuma berikut: 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah Anda   (PDF, 611KB) Juga boleh dapatkan idea inspirasi untuk mewarnai rumah anda (versi 2010/2011) dengan melihat pelbagai corak warna daripada link Dulux Colour berikut: Colour Inspirations 2011 (PDF, 4.25MB)

eBook Tips Temuduga Kerajaan 2011

Anda berminat untuk bekerja dengan kerajaan? Statistik terbaru (2011) menunjukkan untuk satu kekosongan jawatan perkhidmtan awam menghendaki anda perlu bersaing dengan 200-500 pesaing lain. Maka bagaimana untuk menjadikan diri anda yang terpilih daripada persaingan ramai tersebut? Jadi baca eBook percuma berikut untuk mengetahui tips asas bagi menghadiri temuduga di sektor awam terutamanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ( PDF , 242 KB)

Koleksi eBook Motivasi Diri Percuma 2011

Berikut merupakan koleksi eBook terbaik motivasi diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup yang boleh dibaca secara percuma di Internet (dalam bahasa melayu): 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan (PDF, saiz: 984KB) Personal Motivasi   (PDF, saiz: 1.5MB) Motivasi Diri Bagi Meraih Prestasi (PDF, saiz: 142KB) Ujian Motivasi Kerjaya Hidup (PDF, saiz: 162KB) Motivasi Islam - Ayat Inspirasi (PDF, saiz: 338KB) Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal (PDF, saiz: 402KB) 10 Petua Membina Sikap Positif   (PDF, saiz: 109KB) 63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah (PDF, saiz: 154KB) Semoga berjaya dalam kehidupan anda!

eBook Teknik Membaca Cepat (Speed Reading) Percuma

Anda dibebani dengan terlalu banyak maklumat? Jangan risau, eBook percuma (dalam bahasa melayu) ini akan membantu anda menjadi pelajar yang mampu membaca lebih cepat, lebih cerdas, sekaligus memiliki tingkat pemahaman yang lebih tinggi jika dipelajari dan dipraktikkan dengan baik. Baca secara percuma di sini ( PDF , 4.82MB)

eBook Rawatan Gangguan Makhluk Halus/Jin/Iblis

Makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Baca penerangan lebih lanjut mengenai makhluk halus menurut Al-Quran dan Hadis di laman web Darussyifa' . (PDF) Manakala, tanda-tanda diganggu makhluk halus boleh dibaca di laman web Darussalam . Jika anda mengalami tanda-tanda gangguan makhluk halus tersebut, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. Bacaan eBook di bawah adalah baik dijadikan amalan dalam kehidupan harian bagi mereka yang mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat atau sihir serta memagar diri kita. Dapatkan eBook ayat-ayat r

Koleksi eBook Pengaturcaraan (Programming) Komputer Percuma

Berikut adalah koleksi eBook pengaturcaraan komputer (programming) berbahasa melayu yang boleh anda pelajari secara percuma daripada Internet: Pengaturcaraan PHP   (PDF, 818KB) Pengaturcaraan ASP (PDF, 273KB) Asas Pengaturcaraan C (PDF, 102KB) Asas Pengaturcaraan C++ (PDF, 45KB) Asas Pengaturcaraan Visual Basic (PDF, 54KB) Asas JAVA - Mastering (PDF, 3.69MB) Asas Java Script (PDF, 2.25MB) Asas Macromedia Authorware (PDF, 267KB) Asas Macromedia Dreamweaver MX (PDF, 1.13MB) Asas Animasi Flash - Swish 2.0 (PDF, 484KB)  Selamat belajar ilmu perisian komputer terbaru.

eBook Panduan Menjimatkan Tenaga Eletrik di Rumah

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar. Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda. Baca lebih lanjut di sini ( PDF , 2.4MB)

eBook Panduan Perisian OpenOffice

Kebanyakan pengguna komputer lebih biasa menggunakan perisian MS Office manakala fungsi yang serupa pada perisian OpenOffice.org terletak ditempat yang berbeza (contohnya fungsi page orientation). eBook berbahasa melayu ini dapat membantu pengguna membiasakan diri menggunakan perisian OpenOffice (versi 2.4) bagi menggalakkan penggunaan perisian terbuka (open source) di Malaysia. Baca secara percuma di sini ( PDF , 2.26MB)

eBook 20 Langkah Menangani Stress

Stress dalam bahasa mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu. Ebook ini diterbitkan untuk memberi sedikit panduan untuk mereka yang sering mengalami stress, terutama mereka yang menghadapi tekanan kerja. Ingin mengurangkan stress, baca secara percuma di sini. ( PDF , 150KB)

Koleksi eBook Menjahit Percuma 2011

Bagi surirumah yang ingin berjimat atau mahu mempelajari ilmu menjahit, disertakan kompilasi terbaik eBook pelbagai teknik jahitan berbahasa melayu yang boleh dibaca secara percuma daripada Internet: Nota Jahitan Asas (PDF, saiz: 52KB) Cara Menjahit Tudung (PDF, saiz: 555KB)  Panduan Menjahit Baju Kurung   (PDF, saiz: 412KB) Panduan Menjahit Baju Melayu Cekak Musang (PDF, saiz: 2.94MB) Panduan Menjahit Langsir  (PDF, saiz: 324KB) Cara Menjahit Langsir Berlipat V (PDF, saiz: 451KB)  Menjahit Langsir Ilham Nisha (PDF, saiz: 825KB)  Panduan Menjahit Gaun Kanak-Kanak   (PDF, saiz: 555KB) Cara Menjahit Baju Dress Anak (PDF, saiz: 765KB)  Menjahit Sarung Kotak Tisu (PDF, saiz: 1.37MB) Selamat mencuba.

Koleksi eBook Masakan dan Resepi Percuma 2011

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai resepi dan masakan melayu yang boleh dibaca secara percuma daripada Internet (eBook) khusus untuk anda semua: Himpunan Resepi Aneka Roti (PDF, 256KB)  Resepi Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran (PDF, 11.82MB) 20 Resepi Aneka Gulai (PDF, 1.84MB)  Resepi Pelbagai Masakan - Ayam, Ikan, Daging dsbnya (PDF, 910KB) Rahsia 10 Resepi Masakan Daging (PDF, 257KB) Rahsia 11 Resepi Biskut (PDF, 371KB) Resepi Ayam Penyek/Penyet (PDF, 71KB)  60 Resipi untuk Bayi, Kanak-Kanak dan Prasekolah - Pakar Pemakanan (PDF, 10.7MB) Resepi Masakan Laut/Seafood (PDF, 183KB) Resepi Masakan Barat - Hidangan Pengiring (PDF, 1.36MB) Selamat mencuba dan menjamu selera.

eBook Bahagiakah RumahTangga Anda

eBook percuma (200 muka) ini menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga. Ianya memberi penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi kefahaman tentang falsafah dan tujuan rumahtangga. Memahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Bacanya lebih lanjut di sini ( PDF , 1.67MB)

eBook Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal

Hidup kita hanya untuk mencari kebahagian. Manusia telah di lahirkan dengan perasaan untuk mencari kebahagian. Bagi manusia yang lemah, kebahagian hanya boleh di capai dengan menggunakan wang. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak salah untuk mencari kekayaan jika kita percaya kekayaan mampu mengubah hidup kita selain bantuan penuh dan kebenaran dari Yang Maha Esa. Dalam ebook ini, anda akan di dedahkan dengan prinsip jutawan yang sangat hebat. Anda tidak akan gagal jika anda mengamalnya. Motivasi dan semangat adalah saling berhubungan. Semangat yang hebat datang dari satu motivasi yang kuat. Motivasi yang kuat datang dari prinsip yang kukuh. Beginilah fungsi ebook ini. Segala prinsip yang di perlukan oleh anda untuk membina motivasi yang kuat dan seterusnya membakar semangat membara anda akan di huraikan dalam ebook ini. Baca lebih lanjut secara percuma di sini ( PDF , 402KB)

Koleksi eBook Fotografi Melayu Percuma 2011

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai maklumat mengenai asas dan teknik Fotografi (Photography) serta Photoshop yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (PDF): Asas Fotografi Digital (2.46MB) Teknik Asas White Balance Fotografi (1.01MB) Teknik Fotografi Makro (2.18MB) Komposisi dalam Fotografi (413KB) Bengkel Photoshop CS2 - Kesan Khas (3.46MB) Teknik Photoshop (3.51MB)

eBook Rahsia Cinta Sejati

eBook Rahsia Cinta (17 muka) bagi memiliki kebahagian dalam hubungan percintaan serta memupuk sifat kasih sayang tidak kira anda belum berkahwin, yang akan berkahwin dan telah lama berkahwin. Untuk mencapai persefahaman dalam percintaan, anda harus memahami terlebih dahulu pasangan anda. Oleh yang demikian ebook ini membincangkan kepada anda untuk mengenali sifat dan sahsiah bakal pasangan serta cara-cara menawan hati mereka. Baca secara percuma melalui link berikut ( PDF , 1.05MB)

eBook 7 Faktor Kejayaan Anda Menjadi Juruterbang

eBook ini menerangkan terdapat 7 faktor utama yang menentukan anda boleh berjaya menjadi seorang juruterbang (pilot). Anda haruslah menguasai 7 perkara ini jika mahu mencapai cita-cita anda. Faktor-faktor ini tidak mempunyai urutan tertentu kerana semuanya adalah sama penting antara satu sama lain. Baca lebih lanjut di sini ( PDF , 626KB)

Cara Buat eBook Percuma 2011

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai maklumat mengenai cara membuat eBook dan cover sekali yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (PDF): Mari Buat Duit Dengan eBook (3.1MB) Panduan Membuat eBook (923KB) Buat eBook Menggunakan PrimoPDF (253KB) Membuat Cover eBook dengan True Boxshot (946KB) Jom Buat eBook Cover (2.56MB)

Koleksi eBook Puasa Ramadhan 2011

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, berikut adalah kompilasi eBook (PDF) mengenai Puasa dan Ibadah untuk tatapan anda yang boleh didapati daripada Internet: Penghayatan Ramadhan Menurut Sunnah Rasulullah SAW (275KB) Persoalan Semasa Berkaitan Ibadah Puasa (81KB) Panduan Solat Sunat Tarawih (999KB) Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan (23KB) Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa (40KB) Soal-Jawab Tentang Puasa (735KB) Manfaat Puasa (739KB) Nilai Puasa Ramadhan (2.12MB) Persoalan Tentang Qadha Puasa (100KB) Jadual Waktu Imsak dan Buka Puasa Tahun 1432H/2011 (KL & Putrajaya) Selamat membaca dan beribadah, semoga amalan kita akan diterima Allah SWT hendakNya.

7 Koleksi Terbaik eBook Wanita Hamil dan Mengandung

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai maklumat mengenai kehamilan dan mengandung yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Panduan Ibu Hamil (.pdf, saiz: 195KB) Nutrisi Pemakanan Semasa Hamil (.pdf, saiz: 36KB) Gangguan Hipertensi Semasa Hamil (.pdf, saiz: 45KB) Masalah Ketika Hamil (.pdf, saiz: 41KB) Hamil Bukan Halangan Berpuasa (.pdf, saiz: 63KB) Persiapan Ibu Hamil (.pdf, saiz: 741KB) Cara Merancang Keluarga (.pdf, saiz: 44KB)

25 eBook Percuma Perniagaan Internet Melayu Sedia Dimuat Turun

Berikut adalah 25 eBook Melayu percuma yang sedia dimuat turun (download) mengenai selok belok perniagaan Internet. (Notis: Untuk bacaan anda sendiri sahaja). Senarai 25 eBook tersebut adalah seperti di bawah: Lombong Emas 2011 (.pdf, saiz: 989KB) Panduan Paypal Edisi 2011 (.pdf, saiz: 1,683KB) Model Internet, Clickbank & Paypal (.pdf, saiz: 226KB) Panduan Asas Bisnes Internet (.pdf, saiz: 353KB) Panduan Mencipta Produk PLR Anda Sendiri (.pdf, saiz: 4,492KB) Cloaking Link Affiliate Cara Mudah (.pdf, saiz: 1,328KB) Diari Kehidupan Seorang Internet Marketer (.pdf, saiz: 494KB) Ebook Sempoi Gmail (.pdf, saiz: 657KB) Iklan Banner Berkesan (.pdf, saiz: 386KB) Jana Wang Dengan Twitter & ChurpChurp (.pdf, saiz: 2,872KB) Membina Banner Animasi Photoshop (.pdf, saiz: 1,096KB) Panduan Ringkas Joomla (.pdf, saiz: 1,680KB) Panduan Teknik Kumpul List (.pdf, saiz: 1,692KB) Panduan WEB Mudah (.pdf, saiz: 9,694KB) Rahsia Cipta Produk (.pdf, saiz: 856KB) Rahsia Pr

10 Koleksi Terbaik eBook Islam dalam Bahasa Melayu

Berikut adalah 10 kompilasi terbaik mengenai pengetahuan Islam (Muslim) yang boleh diperolehi secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Bimbingan Asas Fardhu Ain (fail excel, 100KB) Himpunan Doa-Doa daripada Al-Quran - 24 muka (.pdf, saiz: 276KB) Mari Belajar Tajwid - 41 muka (.pdf, saiz: 458KB) Kaedah Menentukan Kiblat - Google Map  (.pdf, saiz: 524KB)  Ahli Sunnah Wal Jamaah - Mari Berkenalan  (.pdf, saiz: 661KB)  Konsep Perubatan Islam - Darussyifa'  (.pdf, saiz: 434KB) Tamadun Islam (.pdf, saiz: 914KB) Panduan Perbankan Islam (.pdf, saiz: 661KB) Sistem Pusaka Islam (.pdf, saiz: 72KB)  Amalan Berwasiat - Mengurus Harta Pusaka Umat Islam   (.pdf, saiz: 48KB) Selamat Membaca.

10 Koleksi Terbaik eBook Komputer dan Internet

Berikut adalah 10 kompilasi terbaik mengenai Komputer dan Internet (Computer and Internet) yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Asas Komputer dan Tips untuk Pengguna Baru (.pdf, saiz: 3.02MB) Panduan Pemasangan Sendiri Komputer (.pdf, saiz: 1.6MB) Panduan Penjagaan Komputer Peribadi (.pdf, saiz: 320KB) Panduan Capaian Internet Secara Online   (.pdf, saiz: 1.27MB) 11 Kriteria Laman Web Yang Baik (.pdf, saiz: 160KB) Panduan Wordpress   - Membina Blog Sendiri (.pdf, saiz: 2.73MB)  Panduan Asas eBay - Langkah Memulakan Perniagaan (.pdf, saiz: 380KB)  Webmaster - Belajar Kod HTML (.pdf, saiz: 1.82MB)  10 Tips dan Teknik Facebook  (.pdf, saiz: 915KB)  Panduan Membina Blog dengan Blogger.com (.pdf, saiz: 1.12MB)    Selamat Membaca.

10 Koleksi Terbaik eBook Jaga Kesihatan

Berikut adalah 10 kompilasi terbaik bagaimana menjaga kesihatan (Health) yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Jaga Kesihatan - Tips dan Nasihat  (.pdf, saiz: 513KB)  Cara Merendahkan Kolesterol Dalam Darah   (.pdf, saiz: 2.37MB)  Garis Panduan Diet Malaysia (.pdf, saiz: 560KB) Buku Panduan Sumber untuk Pesakit Kanser   (.pdf, saiz: 2.20MB) Maklumat Kanser Payu Dara   (.pdf, saiz: 36KB) Cara Berhenti Merokok   (.pdf, saiz: 128KB)  Cara Senaman dan Kecergasan (.pdf, saiz: 108KB)  Cara Senaman Pranatal - Ibu Mengandung (.pdf, saiz: 108KB) Cara Bersenam Yang Betul (.pdf, saiz: 888KB)  Sakit Kepala - Rawatan dan Pencegahan (.pdf, saiz: 37KB)   Selamat Membaca.

10 Koleksi Terbaik eBook Pemasaran Internet

Berikut adalah 10 kompilasi terbaik bagaimana melakukan pemasaran Internet (Internet Marketing) yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Model Perniagaan Internet, ClickBank dan Paypal (.pdf, saiz: 225KB) Tips Website Mendapat Ranking dalam Enjin Carian (.pdf, saiz: 100KB) Cara Promosi Blog (.pdf, saiz: 659KB) 100 Cara Promosi dan Tingkatkan Trafik Web Anda   (.pdf, saiz: 1.83MB) Tips Pemasaran Facebook untuk Usahawan (.pdf, saiz: 460KB)  Rahsia 7 dalam Google AdWords   (.pdf, saiz: 924KB) Laporan 9 Konspirasi Google Adsense (.pdf, saiz: 826KB)  Rahsia Dominasi YouTube   (.pdf, saiz: 4.08MB) Panduan Viral URL  (.pdf, saiz: 1.38MB)  Panduan Setup Autoresponder - Bina Mesej Follow-up (.pdf, saiz: 1.15MB)   Selamat Membaca.

10 Koleksi Terbaik eBook Perbaikan Diri Sendiri

Berikut adalah 10 kompilasi terbaik bagaimana memperbaiki diri sendiri (self improvement) yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Cara Urus Wang   (.pdf, saiz: 1.74MB)  Cara Jimat Wang Anda - 8 Cara Mudah  (.pdf, saiz: 822KB) 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah Anda   (.pdf, saiz: 611KB)  Panduan Menjahit Langsir  (.pdf, saiz: 324KB) Cara Menjahit Tudung (.pdf, saiz: 555KB) Cara Membuat Coklat - Handmade Chocolate  (.pdf, saiz: 1.01MB) Tips Jimat Tenaga di Rumah/Pejabat (.pdf, saiz: 28KB)  Tips Memilih Kad Kredit - Bank Malaysia (.pdf, saiz: 444KB)  Cara Mudah Menulis E-Book   (.pdf, saiz: 136KB)  Tips Menulis Email Memukau (.pdf, saiz: 102KB)  Selamat Membaca.

10 Koleksi Terbaik eBook Petua Kehidupan Seharian

Berikut adalah kompilasi terbaik pelbagai petua-petua (kehidupan seharian) yang boleh didapati secara percuma daripada Internet (eBook) - fail PDF: Koleksi Petua Harian - 33 muka (.pdf, saiz: 661KB) Petua Awet Muda (Muslim sahaja, .pdf, saiz:180KB)  Petua untuk Sentiasa Ceria   (Muslim sahaja, .pdf, saiz:190KB) Petua Mengurangkan Stress (.pdf, saiz: 94KB)  Petua Jagaan Mata - Kanta Lekap  (.pdf, saiz: 50KB) 63 Petua Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah (.pdf, saiz: 154KB) 55 Petua Seronok Bekerja (.pdf, saiz: 313KB)  Petua Pengurusan Kewangan Yang Berkesan (.pdf, saiz: 356KB)  Petua Menurunkan Berat Badan (.pdf, saiz: 126KB) Petua Menghilang Pedih Mata - Termasuk Cili  (.pdf, saiz: 16KB) Selamat Membaca.

Pengenalan kepada Google EBooks

Google telah melancarkan satu perkhidmatan baru dimana pembaca EBooks (buku elektronik) boleh membaca sebarang buku dengan menggunakan segala jenis peranti (eReaders). Google eBooks menyimpan perpustakaan anda dalam awan digital, jadi anda boleh membaca semua buku-buku kegemaran anda dengan hanya menggunakan mana-mana peranti dengan sambungan Internet. Google eBooks serasi dengan telefon Android, iPhone, iPad, iPod, pelayar web dan pelbagai eReaders. Dengan berjuta-juta buku-buku untuk dipilih dalam kategori yang anda bayangkan, mencari eBook yang anda mahu membaca amat mudah. Baca hampir 3000000 ebook percuma dan ratusan ribu judul yang bersedia untuk dibeli di Google eBookstore .

10 Gadget Popular untuk Membaca Ebook bagi Tahun 2011

Dilampirkan video YouTube yang menyenaraikan 10 gadget paling laku untuk membaca Ebook (eReaders) pada masa ini. Senarai "Top 10" eReaders tersebut adalah seperti berikut: #1: Kindle 3 Wi-Fi #2: Kindle 3 3G+Wi-Fi #3: Kindle DX #4: Sony Reader Daily Edition PRS950SC #5: Libre Ebook Reader Pro #6: Barnes & Noble Nook 3G + Wi-Fi #7: Barnes & Noble NookColor #8: Kobo Wireless eReader #9: Sony PRS-505 Portable Digital e-Reader System #10: Pandigital Novel

Hanya 18.2% Murid Membawa eBook Percuma ke Sekolah

Satu kajian yang melibatkan kanak-kanak yang terlibat dalam skim Terengganu satu murid satu - komputer menunjukkan bahawa hanya 18.2 peratus murid-murid ditinjau membawa komputer riba mereka kepada kelas. Komen: Minat membaca di kalangan pelajar kita masih rendah :( Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/146433

Statistik Fail PDF Laman Web Malaysia .MY

Tahukah anda fail PDF di laman web Malaysia (.MY) berjumlah 4,5000,000 (4.5 Juta) secara keseluruhannya. Berbanding dengan laman web global (.COM) yang berjumlah 102,000,000 (102 Juta) maka jumlah peratusan fail PDF di laman web Malaysia adalah sebanyak 0.044% sahaja! Sumber: Google Search Engine (23 Jun 2011)

Cara nak tukar fail PDF/Ebook English kepada Bahasa Melayu

Tahukah anda menukar fail PDF dari English ke Bahasa Melayu boleh dilakukan dengan mudah dengan beberapa alatan atas talian secara percuma. Anda boleh memilih untuk memuat naik dan menterjemah fail PDF anda di Web atau memuat turun program percuma yang akan membolehkan anda menukar fail tersebut di desktop anda. Kaedah ini akan membantu anda mengelakkan perisian terjemahan yang mahal dan mendapat pekerjaan yang dilakukan tanpa sebarang kos. A) Cara tukar bahasa di lawan web Google Translate: Buka pelayar web anda dan masuk ke Google Translate . Klik " Upload a Document " dan pilih fail PDF yang anda ingin menukar . Ubah menu "Translate From" and "Translate To" pull-down menus to "English" and "Malay" masing-masing. Klik " Translate " untuk menukar PDF anda.   B) Cara tukar bahasa di PC/Laptop anda sendiri: Masuk ke laman web Babylon dan klik download. Babylon bekerja untuk kedua-dua PC dan Mac , te

10 Langkah Mudah untuk Mengarang Ebook

Mengarang buku, khususnya sebuah ebook (buku elektronik) yang berjaya memang agak mencaba r. Namun begitu, teknologi pengeluaran ebook telah menjadi begitu amat mudah, murah dan ya, malah menguntungkan bahawa anda tidak perlu menjadi pakar komputer untuk menjadi seorang penulis. Apa sahaja status anda: pelajar atau guru; pekerja atau pentadbir; amatur atau profesional; berpengalaman atau berpengalaman; veteran atau pendatang baru; bintang yang meningkat; terkenal atau tidak terkenal anda mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada orang lain yang tidak mempunyai pengalaman yang sama atau mencapai perkara yang anda telah lakukan.   Langkah pertama dalam proses ini ialah mempunyai IDEA untuk sebuah buku.  Terdapat beberapa di antara kita yang tidak pernah berkata kepada diri kita sendiri pada satu masa atau yang lain, "Beberapa hari saya ingin menulis buku tentang ..." atau "Saya harap ada orang akan memberikan saya maklumat mengenai apabila saya mula-mula memulak

Koleksi Ebook Melayu dari Internet

Salam 1Malaysia. Untuk makluman, blog ini diwujudkan bagi mengumpulkan semua ebook bahasa melayu (pelbagai kategori) di bawah satu bumbung agar kita dapat mempelajari ilmu baru untuk diri sendiri serta keluarga. Buat pengetahuan, blog ini hanya memberikan maklumat "link" kepada fail ebook tersebut, dan tidak menyimpan sebarang fail fizikal ebook. Sekiranya ada "link" yang rosak, harap dapat maklumkan kepada saya agar tindakan lanjut dapat diambil. Selamat membaca.